Menurut pakar perunding kardiologi, Prof Madya Dr Sazzli Shahlan Kasim, wanita muda berusia antara 20 hingga 45 tahun antara golongan yang kerap mengalami masalah jantung berdebar-debar.
Menurut lapora, wanita mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat serangan jantung, tetapi wanita dalam usia seperti ini sering mengalami isu jantung berdebar-debar sehingga menyebabkan rasa cemas, sesak nafas, terasa dada mencucuk-cucuk, membuatkan mereka sukar untuk tidur malam.
“Umumnya, semua gejala ini berpunca daripada elemen stres dan gaya hidup tidak sihat seperti kurang tidur dan senaman yang mendorong kepada pengeluaran hormon tidak stabil.
“Jika wanita gagal menangani tekanan atau mengubah gaya hidup, ini membolehkan wanita berisiko mendapat penyakit lain seperti darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes yang mengakibatkan saluran darah senang tersumbat selepas mereka berusia 45 tahun.
“Situasi jantung berdebar-debar kadang-kadang boleh berpunca daripada elemen litar pintas pada jantung.
“Ini bermaksud jantung berkenaan mempunyai kadar denyutan lebih tinggi dan laju mencecah atau melebihi 110 kali seminit tanpa kita melakukan apa-apa pergerakan.”
Justeru, anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, mengambil makanan yang berkhasiat serta mendapatkan rawatan lanjut sekiranya mempunyai simptom dan gejala yang dinyatakan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.