Seekor kucing baka Sphynx memiliki wajah seakan-akan sedang marah, membuatkan ramai gerun melihat kulit wajahnya.
Menurut pemilik kucing bernama Xherdan ini, Sandra memberitahu walaupun memek muka Xherdan seakan-akan sedang marah, namun ia sangat baik dan suka tidur.
"Ketika pertama kali melihatnya di sebuah kedai haiwan, dia telah mencuri hati saya. Kulit merah jambu dan berkedut, wajahnya unik, membuatkan saya jatuh cinta!
"Kulit Xherdan memang berkedut sejak lahir lagi. Ia sangat aktif bermain dan gemar tidur sambil berpelukan," katanya kepada Daily Mail.
Disebabkan Xherdan tidak mempunyai bulu, suhu badannya juga sedikit panas berbanding kucing biasa.
Ramai juga mengakui gerun melihat kedutan kulit kucing ini, sehinggakan ada yang menggambarkan ia seperti otak.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.