Mesti ramai je yang cepat rasa haus bila berpuasa kan? Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tak menentu ni. Walaupun puasa, stamina tetap kena jaga supaya kita tak dehidrasi dan jatuh sakit.
So, macam mana caranya nak elakkan rasa haus? Mehh tengok ni:
#1 Minum at least 2 gelas air ketika sahur
Masa bersahur, minum sekurang-kurangnya 2 gelas air kosong dan kurangkan minuman manis untuk mencegah dari berat badan kita senang naik masa bulan puasa ni.
#2 Banyakkan memakan buah-buahan
Korang juga boleh cukupkan cecair dalam badan korang dengan mengambil makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi, seperti tembikai, timun atau buah-buahan lain.
#3 Jangan minum banyak ketika berbuka
Korang sebenarnya perlu minum air yang banyak masa bersahur untuk menampung keperluan cecair tubuh badan korang selama berjam-jam lamanya. Minum 8 gelas air masa berbuka bukanlah penyeleasain yang betul.
#4 Berbuka dengan kurma dan 2 gelas air
Kandungan yang ada pada kurma boleh membantu mengembalikan tenaga yang hilang semasa berpuasa. Minum air pula sudah tentu akan mengganti cecair yang hilang dalam badan korang tu.
#5 Bawa air jika keluar malam
Masa korang keluar malam, seperti pergi solat Tarawikh, bawa air untuk korang minum tiap kali korang rasa haus. Ia akan membantu untuk mencukupi keperluan air dengan cara yang baik.
#6 Minum ketika waktu sebelum tidur
Memandangkan kita hanya boleh makan dan minum waktu malam je, sebelum nak masuk tidur tu, bawalah air botol mineral sekali dalam bilik. So, bila korang terjaga masa tidur, boleh lah minum air tu.
Selamat menjalani ibadah berpuasa!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.