Siapa sangka rupanya rakyat di negara Nigeria rupanya suka memesan pizza daripada London yang mempunyai jarak kira-kira 6000 kilometer?
Dipetik daripada Awani, tabiat rakyat negara itu agak membimbangkan Menteri Pertanian Nigeria, Audo Ogbeh. Menurutnya, rakyat Nigeria kerap memesan pizza menggunakan telefon pintar dari London.
"Mereka beli pizza dari sana, menerbangkannya dengan British Airways pada waktu pagi dan mengambilnya di lapangan terbang pada waktu petang.
"Ia situasi yang sangat menjengkelkan dan kita perlu melakukan sesuatu," katanya.
Jarak antara dua negara ini adalah kira-kira 6000 kilometer dan paling cepat adalah selama 6 jam perjalanan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.