Lagu kebangsaan merupakan salah satu identiti sesebuah negara. Ia boleh dinyanyikan dalam satu-satu upacara rasmi.
Namun berbeza dengan negara Sudan kerana terdapat larangan untuk menyanyikan lagu kebangsaan tanpa kehadiran Presiden, Salva Kiir.
Menurut Kosmo, Menteri Maklumat Sudan Selatan, Michael Makuei berkata, lagu kebangsaan yang dimainkan tanpa kehadiran Presiden dianggap mencabuli irama lagu berkenaan.
“Untuk makluman semua, lagu kebangsaan negara ini adalah khusus untuk Presiden dan majlis yang dihadiri oleh beliau, bukan untuk semua orang lain,” kata Makuei.
Arahan berkenaan telah dikeluarkan semasa Mesyuarat Kabinet pada hari Jumaat lepas.
Tambahnya lagi, terdapat pengecualian terhadap arahan ini iaitu pada kedutaan Sudan Selatan yang mewakili Presiden dan sekolah-sekolah dimana pelajar diajar untuk menyanyikan lagu kebangsaan. Selain dari itu, tiada siapa boleh menyanyikan lagu tersebut tanpa kehadiran Presiden Kiir.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.