Chitetsu Watanabe kini disahkan sebagai lelaki paling tua di dunia dan mendapat penghormatan oleh Guinness World Records pada umurnya 112 tahun.
Watanabe yang diraikan di rumah jagaan orang tua-tua di Niigata, Jepun telah mendedahkan rahsia panjang umur, iaitu tidak pernah marah dan selalu tersenyum sepanjang masa.
Beliau juga memberitahu bahawa dia amat suka untuk makan makanan yang manis seperti gula namun dek kerana keadaan giginya yang sudah tiada, beliau hanya mampu makan krim manisan.
Dilahirkan pada 5 Mac 1907, Watanabe merupakan anak sulung daripada 8 orang adik-beradik dan pernah bersekolah di sekolah agrikultur sebelum bekerja disebuah syarikat gula iaitu Dai-Nippon Meiji suatu ketika dahulu.
Tidak lama kemudian, Watanabe berkhidmat dalam askar ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1944, sebelum bersara dan meluangkan masa dikampung halamannya di Niigata.
Anaknya Tetsuo berkata, sepanjang 50 tahun hidup bersama bapanya itu, tidak pernah sekalipun dia melihat bapanya meninggikan suara.
"Saya tinggal bersamanya selama lebih 50 tahun, dan tidak pernah saya melihat bapa meninggikan suara atau marah. Dia juga sangat penyayang. Bapa juga sering memuji hasil kerja saya.
"Saya rasa, tinggal bersama anak-anak dan cucu serta cicit membuat bapa gembira dan sentiasa tersenyum", kata Tetsuo kepada pemberita.
Sumber: Elite Readers
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.