Penyampai radio ERA, Radin meluahkan rasa syukur tidak terhingga apabila projek bakul makanannya berjaya meraih sebanyak RM7,000.
Dana terkumpul itu hasil daripada jualan baju terpakai miliknya dan sumbangan daripada orang ramai dan kenalan rapat.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Radin mengakui inisiatif yang dijalankan sendiri dengan bantuan rakan-rakan ini dapat membantu individu dalam situasi yang sukar ini.
Dia juga telah bekerjasama dengan beberapa pihak untuk meletakkan barangan bantuan itu bagi memudahkan orang ramai untuk mengambil keperluan asas.
Projek yang digelar ‘Projek Food Bank: Kita Beli Beras’ ini takkan tercapai tanpa sokongan orang ramai dan Radin gembira dapat melaksanakan sedikit sebanyak usaha membantu golongan memerlukan.
“Terima kasih semua yang membantu terutama kepada hamba-hamba Allah yang ikhlas memberikan sumbangan dalam projek ini,” katanya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.