Penyampai radio ERA, Radin berjaya mengumpul dana sebanyak RM5,000 selepas menjual barangan peribadinya sendiri untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.
Menerusi hantaran di Instagram, Radin akan menyediakan bantuan food bank kepada masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini.
“Alhamdulillah! Menerusi hasil jualan pre loved items saya selama 24 jam di IG stories saya, kami berjaya collect amount yang luar dari jangkaan kami sebanyak RM5,000,” tulisnya.
Hasil jualan yang dikumpul adalah sepenuhnya dari jualan 50 pasang baju peribadinya dan sumbangan daripada beberapa individu kepadanya.
Jumlah kutipan ini termasuk dari hasil jualan 50 pasang baju peribadi milik saya & sumbangan dari beberapa individu.
Radin turut mengeluarkan wang daripada gaji bulanannya untuk menjayakan inisiatif bagi memberikan bantuan barangan keperluan asas.
“InSha-Allah, baki kutipan ini, saya akan tambahkan sedikit daripada gaji bulanan saya untuk membeli keperluan asas seperti beras, susu, gula, minyak masak, tuala wanita, lampin bayi dan lain-lain,” katanya.
Penyampai radio ERA itu bersyukur dan berterima kasih kepada semua pengikutnya yang menyokong usaha kecilnya ini, membeli sambil beramal.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.