Kes pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang telah menjejaskan ramai penduduk setempat hingga menyebabkan kesemua sekolah di Pasir Gudang terpaksa ditutup sementara.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, radiasi bahan kimia ini boleh tersebar kepada orang ramai sekiranya bersentuhan dengan mangsa yang terkena radiasi.
“Selepas gelombang keempat ini jangan ambil mudah kita boleh terhidu, boleh resap melalui kulit dan sangat bahaya.
“Orang awam dinasihatkan tidak melakukan aktiviti luar berhampiran Sungai Kim Kim, mandi dan basuh pakaian berasingan.
“Walaupun pakai sarung tangan, partikel akan melekat dan jika tidak dibasuh ianya boleh tercemar kepada mangsa kedua”, katanya.
Bahan kimia jenis gas metana itu tidak berbau dan boleh boleh menyebabkan kesan sampingan seperti pengsan dan muntah-muntah.
Cuaca panas dan angin kuat menyebabkan gas terbabit terwap dan tersebar ke kawasan awam.
Justeru orang ramai terutamanya penduduk Pasir Gudang diingatkan agar sentiasa mandi dan membasuh pakaian setiap hari bagi mengelakkan daripada terkena radiasi bahan kimia yang disebar.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.