Semalam tular video dilaman sosial apabila seorang pelajar dilihat cuba untuk terjun bangunan dua tingkat sekolahnya.
Dipetik daripada Awani, pelajar yang berusia 13 tahun itu nekad untuk cuba terjun daripada tingkat dua sekolahnya di Banting namun sempat diselamatkan oleh jabatan keselamatan dan guru sekolah.
Pihak Bomba yang dihubungi segera ke lokasi kejadian sekitar jam 1.12 tengah hari.
"Menurut komander operasi, setibanya jentera di lokasi didapati benar berlaku cubaan membunuh diri oleh seorang pelajar sekolah dan mangsa telah berjaya dipujuk serta diselamatkan oleh pihak Agensi Pertahanan Awam yang telah sampai terlebih dahulu.
"Mangsa dibawa ke Hospital Banting oleh Ambulans untuk tindakan lanjut," kata kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor.
Hasil siasatan mendapati, punca pelajar tingkatan satu berkenaan berbuat sedemikian adalah kerana cintanya telah ditolak oleh seorang pelajar perempuan.
"Mangsa mengatakan telah berjumpa dengan pelajar perempuan terbabit semalam untuk meluahkan perasaan cintanya tetapi ditolak.
"Pelajar perempuan itu memberi alasan tidak meminati mangsa dan lebih menyukai seorang pelajar lelaki lain. Ekoran penolakan cinta, mangsa berasa putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri,"
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.