Putaran bumi direkodkan semakin perlahan dan saintis berpendapat ia akan memberi petanda semakin banyak kejadian gempa diramalkan berlaku.
Menurut portal Guardian, seperti yang dipetik dari The Science Knowledge, kita mungkin tidak merasai fenomena ini terjadi tetapi ia dapat dilihat dengan perubahan dan kejadian bencana alam sejak dua menjak ini.
Pakar geofizik yang mengukur kelajuan bumi juga berkata, putaran bumi yang semakin perlahan ini dikaitan dengan peningkatan gempa bumi yang mulai direkodkan sejak dari 1900 lagi.
Sejak dari itu, saintis merekodkan kejadian gempa dan merumuskan setiap 32 tahun, akan berlaku kejadian gempa yang dahsyat. Tambah lagi, kejadian gempa ini juga berkait dengan putaran bumi yang semakin perlahan.
Sumber: The Science Knowledge
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.