Kajian yang dipetik daripada laman Mirror UK, satu pertiga daripada lelaki British mengakui mereka menyembunyikan diri dalam tandas di rumah untuk ketenangan dan suasana yang senyap.
Daripada 1000 lelaki yang dikaji, dalam setahun, purata kira-kira 7 jam diambil oleh golongan lelaki untuk berada senyap di dalam tandas dan lari daripada dunia persekitaran.
Antara faktor yang menyebabkan lelaki duduk lama di dalam tandas adalah kerana ingin lari daripada mendengar leteran isteri serta melayan telatah anak-anak.
"Kita semua memerlukan sedikit masa untuk diri kita sendiri, dan bilik mandi nampaknya menjadi tempat untuk momen-momen itu – ia adalah tempat perlindungan, di mana kita dapat memisahkan diri kita dari dunia luar, walaupun hanya buat sementara waktu. " kata wakil yang menjalankan kajian ini.
Sumber: Mirror UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.