Dunia kini digemparkan dengan penularan wabak coronavirus yang dilaporkan berpunca daripada sebuah bandar di Wuhan, Beijing.
Coronavirus merujuk kepada spesis virus yang belum pernah ditemui oleh manusia. Disebabkan ia masih baru, belum ada vaksin yang mampu mencegah virus ini daripada terus merebak.
Virus ini dipercayai berasal dari haiwan yang sakit, khasnya haiwan berbisa dan eksotik.
Haiwan berbisa merupakan salah satu haiwan yang dijual di Huanan Seafood Wholesale Market in Wuhan. Pasar yang menjadi lambakan haiwan eksotik seperti anak serigala, musang, kelawar dan ular ini menjadi lokasi pertama koronavirus merebak.
Sebelum ini, wabak sindrom (SARS) juga pernah merebak dengan dikaitkan daripada pengambilan daging musang di China, sehingga menyebabkan ratusan kematian.
Disebabkan itu, kerajaan Malaysia telah memperketatkan kawalan di pintu masuk di lapangan terbang sebagai langkah berjaga-jaga. Orang awam diingatkan agar sentiasa mengamalkan rutin kebersihan diri yang baik seperti mencuci tangan dengan sabun dan air.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.