Aktiviti pelancongan di Pulau Pangkor akan diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sekiranya perjalanan rentas negeri dibenarkan dalam masa terdekat.
Peningkatan kadar vaksinasi seluruh negara boleh menjamin semula pembukaan bagi sektor pelancongan di Pulau Pangkor namun dengan bersyarat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi memaklumkan tiada gelembung pelancongan di pulau peranginan itu jika kebenaran merentas negeri diumumkan.
“Sekiranya pengumuman untuk merentas negeri dibenarkan, SOP untuk pelancong masuk ke Pulau Pangkor memang telah dipraktikkan mengikut pematuhan SOP pelancongan sedia ada jadi insya-Allah tiada masalah,” katanya.
SOP sedia ada masih dipraktikkan seperti pelancong yang lengkap divaksinasi dibenarkan melakukan aktiviti pelancongan.
Selain, wajib mengemukakan kad atau sijil digital vaksinasi COVID-19 ketika mendaftar masuk ke hotel atau inap desa dan pengusaha tempat peranginan perlu membuat pemeriksaan.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.