Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Bermula 16 September, Sektor Pelancongan Pulau Langkawi Bakal Dibuka Semula Kepada Pelancong Tempatan

Berita gembira untuk penduduk setempat, Pulau Langkawi menjadi sektor pelancongan utama dibuka sebelum destinasi lain.
Muhammad Izwan Zainal
03 Sep 2021, 03:00 PM

Mulai 16 September, sektor pelancongan akan dibuka kepada pelancong tempatan dengan Pulau Langkawi sebagai projek rintis pembukaan sektor tersebut.

bermula 16 september, sektor pelancongan pulau langkawi bakal dibuka semula kepada pelancong tempatan

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keputusan itu mendapat persetujuan dalam mesyuarat Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada Khamis.

“Sukacita dimaklumkan bahawa, mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan (travel bubble) berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.

bermula 16 september, sektor pelancongan pulau langkawi bakal dibuka semula kepada pelancong tempatan

Tambahnya, destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi setelah kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus populasi dewasa kelak.

“Sebagai permulaan, Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis,” katanya.

Beliau juga berkata kadar kebolehjangkitan (R-naught) di seluruh negara kembali berada pada paras bawah 1.0.

bermula 16 september, sektor pelancongan pulau langkawi bakal dibuka semula kepada pelancong tempatan

Berdasarkan unjuran data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), purata kadar vaksinasi di setiap negeri dijangka mencapai 80 peratus bagi populasi dewasa menjelang penghujung September 2021.

“Saya percaya kadar vaksinasi 100 peratus akan dicapai akhir Oktober 2021, sekali gus memberi perlindungan kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

Malah, beliau juga menyeru rakyat dan seluruh Keluarga Malaysia untuk bersedia hidup bersama Covid-19 sebagai endemik selepas Oktober apabila suntikan vaksin dijangka selesai sepenuhnya.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}