Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Sektor Pelancongan Pulau Langkawi Bakal Dibuka Tak Lama Lagi! Ketahui SOP Yang Perlu Anda Dipatuhi

Pulau Langkawi bakal membuka sektor pelancongan untuk pelancong tempatan mulai 16 September ini.
Muhammad Izwan Zainal
10 Sep 2021, 12:13 PM

Pulau Langkawi akan boleh mula dikunjungi lebih ramai pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun, kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

sektor pelancongan pulau langkawi bakal dibuka tak lama lagi! ketahui sop yang perlu anda dipatuhi

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat.

“Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi,” katanya.

Berikut beberapa SOP yang perlu dipatuhi mereka yang bercadang bercuti ke Langkawi:

i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;

ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;

iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;

iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;

sektor pelancongan pulau langkawi bakal dibuka tak lama lagi! ketahui sop yang perlu anda dipatuhi

v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP;

vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:

Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan;

Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;

Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);

Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);

Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;

Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

Kerajaan Khamis lalu bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dalam masa terdekat, dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun pembukaan sektor itu berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}