PUBG Corp, anak syarikat dari Korea Selatan, mengatakan pada hari Khamis bahawa ia akan melancarkan permainan mudah alih PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) baru di India setelah kemunculan sebelumnya dari penerbit negara China melanggar peraturan keselamatan negara.
Di India, berjuta-juta orang menghabiskan berjam-jam masa bermain PUBG Mobile, dimana ia mencatatkan 29% dari jumlah muat turun aplikasi dinegara berkennaan.
Pengumuman permainan baru ini iaitu PUBG Mobile India, dua bulan selepas New Delhi melarang 118 aplikasi mudah alih yang berasal dari China, berikutan perbalahan selama berbulan-bulan antara kedua negara ini.
PUBG Mobile sebelum ini diterbitkan oleh Tencent, telah disekat daripada digunakan di India, bertujuan untuk melindungi keselamatan negara kerana dakwa India, aplikasi itu mampu mengumpulkan dan berkongsi data pengguna.
Sejak dari itu, PUBG Corp mengambil alih semua hak penerbitan dari Tencent di India.
"Dengan privasi dan keselamatan data pemain India menjadi keutamaan bagi PUBG Corporation, syarikat akan melakukan audit dan pengesahan berkala pada sistem penyimpanan yang menyimpan maklumat peribadi pengguna India untuk memperkuatkan keselamatan," kata syarikat itu pada hari Khamis.
Syarikat itu juga mengatakan ibupejabat induknya di Korea Selatan, Krafton Inc, merancang untuk membelanjakan AS $100 juta di India untuk meningkatkan permainan video, e-sukan, dan industri IT.
PUBG Corp juga dilaporkan akan membuka pejabatnya di India dan menggaji lebih dari 100 pekerja untuk perniagaan, sukan, dan pengembangan permainan.
PUBG Mobile, permainan format battle-royale dengan ciri-ciri interaktif, sangat popular di negara ini, termasuk di kalangan pemain yang tidak dapat membeli konsol mahal dan sambungan jalur lebar internet.
PUBG Corp mengatakan ia akan memasukkan fungsi had masa pada permainan ini, berikutan menerima banyak aduan dari ibubapa bahawa anak mereka menjadi leka bermain permainan video ini.
Sumber: TheVerge
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.