Presiden UFC, Dana White berkata, beliau sudah bertemu dengan Floyd Mayweather untuk berbincang mengenai pertarungan Mayweather bersama Khabib Nurmagomedov.
“Saya tidak rasa ia akan berlaku. Saya tidak sangka pertarungan ini akan berlaku di UFC, tetapi mereka (Khabib dan Mayweather) tidak pernah berkata tidak.”
Sebelum ini, Dana White membenarkan Conor McGregor untuk menentang Mayweather dalam gelanggang boxing, dan kali ini beliau meminta Mayweather untuk datang ke octagon berlawan UFC.
“Kita pernah ke sana. Jika dia inginkan pertarungan, dia perlu datang ke UFC.
“Saya tahu ia tidak nampak meyakinkan, sama seperti pertarungan McGregor dan Floyd sebelum ini. Jadi kita tunggu dan lihat.”, kata Dana White.
Sumber: Badlefthook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.