Pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, akan ditutup hari ini setelah kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan petugas PPV tersebut.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), kerja-kerja sanitasi akan dijalankan semasa penutupan selama sehari itu, selepas mendapati hasil keputusan ujian COVID-19 malam tadi.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga semalam untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan COVID-19.
“Janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.
Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berkenaan perkara tersebut.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.