Demam Avengers: Endgame masih belum tamat dan peminat filem ini diseluruh dunia masih lagi bercakap-cakap mengenainya.
Namun apa yang mencuri perhatian baru-baru ini ialah kelibat salah satu superhero dalam filem berkenaan, iaitu Spider-Man dilihat berlegar-legar di bandaraya Kuala Lumpur bagi menghantar surat.
Dipetik daripada laman Facebook Pos Malaysia, ia merupakan salah seorang pekerja mereka yang berpakaian ala Spider-Man, bertujuan juga bagi memberi perhormatan kepada mereka yang berkerja sebagai posmen.
“Kita mahu menggalakkan orag ramai menunjukkan rasa hormat kepada posmen. Disebabkan itu kapsyen di FB ada hashtag #posmenheroku”, kata jurucakap Pos Malaysia.
Sumber: World of Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.