Seorang pegawai polis wanita di India mendapat perhatian apabila berkhidmat dengan penuh tanggungjawab sehingga sanggup memikul seorang lelaki ke hospital.
Menerusi sebuah video tular, Inspektor Rajeshwari bertindak pantas memberikan bantuan kepada seorang lelaki yang ditemuinya di sebuah tanah perkuburan di Kilpauk.
Kejadian yang berlaku di daerah Chennai, India itu dipercayai disebabkan hujan lebat menimpa kawasan tersebut.
Mangsa bernama Udhaya yang bekerja di tanah perkuburan tersebut dilaporkan telah ditimpa hujan lebat dan sakit hingga tidak sedarkan diri.
Proses memberikan bantuan dan menyelamat giat dijalankan setelah banjir melanda kawasan sekitar dan Rajeshwari terlibat dengan misi itu.
Malah, dia turut membersihkan pokok tumbang yang terjatuh di atas jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Polis wanita itu juga pantas memberikan bantuan makanan dan tempat tinggal kepada mangsa yang terlibat banjir dan hujan lebat tersebut.
Bagaimanapun, mangsa yang dipikulnya itu dilaporkan sudah meninggal dunia di hospital.
Sumber: [1]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.