Baru-baru ini, tular sekeping kertas saman membabitkan kesalahan memakai baju bercorak Y15ZR atau lebih popular dengan nama Ysuku.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt. Azman Shariat berkata, hasil semakan pihaknya mendapati kertas saman itu dikeluarkan pada 2007 atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan bayarannya juga sudah dijelaskan.
“Susulan itu, kita percaya saman itu sengaja diubah suai bagi menimbulkan kegusaran orang awam berhubung isu motosikal Ysuku yang sedang hangat dalam kalangan rakyat di negara ini,” katanya.
Polis trafik juga sudah membuat laporan mengenai saman yang tular itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan pada mereka yang cuba menyebarkan maklumat palsu dan menjejaskan imej polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” ujarnya.
Sumber: Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.