Kebaikkan yang dilakukan sejak dari kecil masih segar dalam ingatan, meskipun ia sudah berlalu 30 tahun lepas.
Seorang anggota polis yang juga Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal telah meluangkan masa bertemu dengan seorang wanita, Puan Ah Siong, yang sering memberinya pau sewaktu beliau masih kecil.
Pertemuan selama 16 minit itu dikongsikan di laman Facebook IPD Petaling Jaya telah mendapat perhatian ramai.
Pada awalnya, Puan Ah Siong seakan terpinga-pinga apabila mendapati kehadiran polis diluar rumahnya. Namun, tidak berapa lama kemudian, dia mengenali wajah lelaki itu yang sering dilihatnya semasa kecil.
Nik Ezanee juga membawa sebungkus kuih pau dan sekotak topeng muka sebagai buah tangan kepada insan yang banyak berjasa kepadanya suatu masa dahulu.
Meskipun tidak lagi berhubung semasa sudah dewasa, Puan Ah Siong masih ingat wajah Nik Ezanee malah beliau juga masih simpan keratan akhbar yang menunjukkan perlantikan Nik Ezanee sebagai ketua polis PJ.
Video yang tular dilaman sosial ini turut menyentuh perasaan netizen sambil menyifatkan kasih sayang tidak mengenal bangsa.
Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.