Ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 di Indonesia pihak Polis telah mengambil pelbagai langkah penguatkuasaan dilakukan bagi mencegah penularan wabak itu.
Namun, pendekatan berbeza diambil pihak berkuasa apabila mengenakan pakaian seakan ‘pocong’ bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai virus berbahaya itu.
Hantu pocong agak menyeramkan bagi masyarakat di Asia Tenggara termasuklah Malaysia tetapi pendekatan yang ditonjolkan pihak polis Indonesia ini demi berkongsi virus ini boleh meragut nyawa sesiapa sahaja.
Pihak Polis di daerah Jawa Timur, Indonesia melakukan inisiatif ini kepada masyarakat sekitar terutamanya individu yang tidak mematuhi arahan seperti tidak memakai pelitup muka.
Keranda mayat dan picagari gergasi turut di bawa mengelilingi daerah susulan arahan terkini larangan pergerakan di negara tersebut.
Orang ramai dinasihati untuk mengambil vaksin COVID-19 dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta arahan yang telah ditetapkan.
Sumber: Kompas TV
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.