Umum sedia mengetahui, Sir Isaac Newton adalah insan yang bertanggungjawab menemui teori graviti. Teori yang dikatakan ditemui selepas Isaac Newton duduk berehat dibawah sepohon epal dan terlihat epal jatuh, menjadi sejarah yang popular dalam sains.
Dipetik daripada Amusing Planet, pohon epal yang menjadi tempat Sir Isaac Newton menemui teori graviti itu masih tegak berdiri di Lincolnshire, England.
Menurut catatan oleh John Conduitt, yang merupakan suami kepada anak saudara Newton, peristiwa itu terjadi pada 1666 di kediaman Newton, iaitu di Woolsthorpe Manor.
Walaupun Newton tidak pernah menyebut dimana dia menyaksikan epal itu jatuh, besar kemungkinan ia adalah di pohon epal di halaman rumahnya ini.
Kini pohon tersebut dijaga dibawah perlindungan National Trust.
Sumber: Amusing Planet
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.