Rakyat Malaysia menerima berita gembira apabila kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 pada Rabu.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kebenaran itu diberikan selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak.
Namun, Kementerian Kewangan dan KWSP akan membuat penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini.
Tambahnya, keputusan sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.
Susulan situasi semasa, kerajaan sedia maklum pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Beliau berharap agar semua pencarum dapat membuat penilaian dahulu dan mengekalkan simpanan mereka melainkan jika perlu sahaja.
“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.