Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi tanah air dan ia salah satu bahasa yang sering digunakan serta berada di kedudukan ke-10 seluruh dunia.
Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua agensi atau syarikat milik kerajaan (GLC) agar menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan rasmi.
Tambahnya, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan ibunda yang digunakan hampir setiap lapisan rakyat Malaysia.
“Hampir pasti semua ahli Keluarga Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan sesama ahli keluarga kita walau apa jua etnik dan budaya.
“Program-program pemerkasaan bahasa Melayu perlu sentiasa dijalankan, bukan sahaja bersifat lokal malahan di pentas antarabangsa,” katanya.
Malah, beliau juga mahu semua agensi atau pun GLC agar menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan rasmi dalam apa jua acara dan program yang dilaksanakan.
“Gunalah bahasa Melayu, dan berbanggalah dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah identiti kita dan kebanggaan kita, Keluarga Malaysia,” katanya.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.