Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan digantikan dengan program “Sekolah Pemimpin Masa Hadapan” (Malaysia Future Leaders School), seperti yang dilaporkan oleh Bernama.
Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong, program berkenaan akan menggunakan konsep “summer camp” yang akan diadakan pada musim cuti sekolah.
Program berkenaan juga mensasarkan 60,000 belia berusia 15 hingga 17 tahun yang akan disaring daripada jumlah sejuta belia yang bersekolah.
Nisbah pelajar yang akan dipilih dicadangkan terdiri daripada 60 peratus pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang tinggi, manakala 40 peratus adalah pelajar yang perlukan perhatian, di kalangan belia-belia berisiko.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.