Khas buat peminat permainan konsol PlayStation, versi baharu PlayStation 5 (PS5) yang telah dilancarkan pasti menjadi salah satu wishlist yang ingin dimiliki.
Dalam meraikan keluaran PS5 terbaru ini, sebuah syarikat barangan mewah, Truly Exquisite telah mengeluarkan keluaran khas PS5 yang disaluti dengan emas 24 karat.
Model ekslusif dan mewah ini telahpun menarik minat ramai pihak meskipun harganya bernilai RM43 ribu setiap satu.
Bukan sahaja didatangkan dengan warna emas, Truly Exquisite juga telah mengeluarkan model PS5 dengan Rose Gold atau platinum yang mencecah nilai sehingga RM45 ribu.
Terhad kepada 250 model sahaja seumpanya di dunia, tempahan boleh mula dibuat dan akan dihantarkan kemana-mana sahaja negara serata dunia.
Ada yang nak beli?
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.