Satu pemerhatian oleh sekumpulan saintis mendapati, planet Marikh kini semakin kehilangan jumlah air pad ketinggian altitud 80 km dalam kawasan atmosfera Martian.
Dalam satu kenyataan oleh Centre National de la Recherche Scientifique, planet Marikh kini semakin kering kontang dan ia menyebabkan planet ini tidak sesuai untuk didiami oleh mana-mana makhluk asing.
"Planet ini hilang jumlah air dengan sangat cepat, khasnya pada bahagian atas atmosfera Marikh.
"Tindakbalas oleh matahari terhadap air pada planet ini menyebabkan ia terurai menjadi atom hidrogen dan atom oksigen. Graviti yang lemah pada planet ini tidak mampu menahan gas ini daripada bertahan, menyebabkan ia terbebas ke udara.
"Makhluk asing sukar untuk tinggal d iplanet ini memandangkan ia kurang bilangan air"
Dalam perkembangan lain, NASA kini menemui kejadian aurora pada planet Marikh, yang dijangka membantu saintis untuk memahami proses kejadiannya yang sangat unik.
Di Bumi, aurora terjadi pada kawasan kutub dan dikenali juga sebagai Northern Lights.
Sumber: Metro UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.