Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibeberapa negeri sebelum ini akan dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 4 Februari 2021.
Negeri yang terlibat adalah Johor, Sabah, Kelantan, Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu KL, Putrajaya dan Labuan.
Pelaksanaan PKP ini adalah bertujuan bagi mengelakkan kes jangkitan COVID-19 daripada terus bertambah, serta menyekat penyebarannya.
Dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh operasi kedai makan dan restoren sehingga jam 10 malam sepanjang tempoh PKP dilaksanakan bermula esok.
Sumber: Astro Radio News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.