Keputusan untuk membatalkan pingat emas yang dimenangi jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli kekal.
Rayuan kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) sebentar tadi.
Susulan keputusan itu, Ziyad terlepas pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan untuk rayuan lanjut boleh dibuat selepas temasya itu berakhir sahaja.
Ziyad sepatutnya mempertahankan pingat emas yang dirangkul dalam edisi di Rio lima tahun lalu selepas memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94m di Stadium Olimpik Tokyo semalam.
Namun, penyertaannya terbatal apabila mendapat protes daripada pihak Ukraine terhadap atlet berusia 31 tahun itu yang lewat melaporkan diri di 'call room' (bilik pemeriksaan) sebelum bertanding.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.