Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi remaja atau (COVID-19 Remaja) berjaya dilancarkan di Semenanjung pada Isnin pagi.
Selaras dengan Pelan Pemulihan Negara, para pelajar di SMK Putrajaya Presint 8 (1) menjadi remaja di Semenanjung terawal menerima vaksin COVID-19.
Bagi Sarawak, Sabah dan Labuan, negeri-negeri ini telah mula lebih awal dan lebih 170,000 ribu remaja sudah menerima dos pertama sehingga 19 September.
Berikut adalah maklumat mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi remaja atau (COVID-19 Remaja).
#1 - Keutamaan diberikan kepada remaja berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid.
#2 - Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) ditubuhkan.
#3 - Pendaftaran institusi-institusi pendidikan boleh dibuat di Portal Vaksin-Anak-Ku.
#4 - Ibu bapa dan penjaga digalakkan untuk mendaftar anak sebagai tanggungan di MySejahtera.
#5 - Jenis vaksin yang diberikan Pfizer (Dua dos).
Kaedah-kaedah bagi pemberian vaksin:
#1 - Secara jangkau luar ke sekolah atau institusi berjadual. Bagi remaja yang akan menduduki peperiksaan utama dan bersekolah di asrama penuh atau harian, janji temu dos 1 akan diberi di klinik swasta atau sekolah berhampiran tempat tinggal. Dos 2 diberi di sekolah atau lokasi dos 1 diterima.
#2 - Vaksin akan diberikan di hospital atau klinik kesihatan bagi remaja dengan komorbid.
#3 - Janji temu melalui MySejahtera di klinik swasta bagi remaja yang tidak dapat hadir bersama ibu bapa atau penjaga.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.