Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Rasmi, Saingan Piala Malaysia 2020 Dibatalkan

Ia selepa rayuan untuk meneruskan kejohanan itu ditolak Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam
Editor
12 Nov 2020, 04:27 PM

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mencapai kata sepakat untuk membatalkan kejohanan Piala Malaysia 2020.

rasmi, saingan piala malaysia 2020 dibatalkan

Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas rayuan untuk meneruskan kejohanan itu ditolak Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

MFL akur dengan keputusan untuk tidak membenarkan berlangsungnya kejohanan berprestij itu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh negara, kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan, sehingga 6 Disember depan.

“Pertama, MFL sentiasa peka dengan saranan daripada MKN. Pihak kerajaan telah menyarankan supaya tidak meneruskan pertandingan TM Piala Malaysia 2020.

“Sudah tentu dalam surat rayuan sebelum ini MFL telah menyediakan perancangan cukup rapi selaras dengan panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 yang masih berbaki tujuh perlawanan dapat diteruskan tetapi seperti saya katakan tadi MFL sentiasa peka dengan saranan pihak kerajaan.

“Justeru, MFL menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah terpaksa mengambil keputusan yang cukup berat untuk membatalkan saingan TM Piala Malaysia 2020 demi kesihatan dan keselamatan semua pihak seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.

“Ini kerana pembatalan ini terpaksa dilakukan di mana kita tidak boleh lagi menangguhkan kempen TM Piala Malaysia 2020 ke bulan yang lain kerana kontrak pemain secara amnya akan berakhir pada 30 November ini.

“Banyak polemik akan tercetus jika MFL mengambil pendekatan untuk melanjutkan tarikh TM Piala Malaysia di mana pasukan-pasukan akan berdepan masalah seperti ketiadaan pemain serta terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi.

“Apapun, saya mewakili bagi pihak MFL ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah membenarkan saingan Liga Malaysia seperti CIMB Liga Super dan Liga Premier dijalankan sebelum ini.

“MFL juga memberi penghargaan kepada setiap pasukan yang berusaha keras untuk bertanding dalam pertandingan Liga Malaysia iaitu CIMB Liga Super, Liga Premier dan TM Piala Malaysia musim ini dengan mematuhi SOP begitu baik.

“MFL juga tidak lupa kepada penaja-penaja iaitu Telekom Malaysia (TM), CIMB, AirAsia, Nike dan F&N 100Plus yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami ketika berdepan detik sukar ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Piala Malaysia 2020 telah pun membuka tirainya pada 6, 7 dan 8 November lalu di mana lapan pasukan telah layak ke suku akhir iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur, Pulau Pinang, UiTM FC, Kedah, Perak, Terengganu FC dan Selangor.

Sumber: Semuanya Bola / Astro Radio News

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us