Setakat ini, kesemua wilayah dinegara China telah dilaporkan dijangkiti dengan wabak koronavirus dengan jumlah kematian mencecah 213 orang setakat awal pagi tadi.
Petugas-petugas perubatan diseluruh dunia kini sedang bertungkus lumus cuba mencari penawar dan dalam masa sama menjalankan rawatan keatas pesakit-pesakit yang dijangkiti wabak merbahaya ini.
Disebabkan tugas yang mencabar ini, ada petugas perubatan khasnya di China yang dilaporkan terpaksa memakai lampin pakai buang kerana tidak mempunyai masa untik ke tandas, dan terpaksa tidur dikaki lima makmal.
Foto petugas-petugas perubatan yang tidur akibat kepenatan juga telah tular dilaman sosial sejak minggu ini dan rata-rata warganet memuji mereka sebagai hero negara.
Sumber: Oriental Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.