Seorang wanita meraih tumpuan warganet apabila mempunyai kemahiran bertutur tiga bahasa ketika bertugas sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Bukit Jalil.
Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, Ain Syawani dilihat teruja ketika berbahasa menggunakan Bahasa Hindi, Nepal dan Burma untuk berkomunikasi dengan warga asing.
PPV di Bukit Jalil menjadi tumpuan warga asing untuk mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ dan gadis ini hanya mahu memudahkan urusan mereka.
Tambahnya, dia juga mengakui baru mempelajari ketiga-tiga bahasa ini dan akan bertanya soalan kepada warga asing tersebut tentang pertuturannya.
“Saya lebih suka bercakap menggunakan bahasa mereka untuk saya berlatih tetapi apabila mereka berkata boleh cakap melayu dan inggeris, saya kata tidak.
“Saya mahu belajar bahasa hindi dan burma dengan awak, mereka terus senyum dan gembira sahaja, saya pun gembira,” katanya.
Ain juga hanya berniat untuk mempelajari bahasa baru dan mahu memudahkan urusan semua warga asing jika boleh berkomunikasi bahasa mereka.
Pelbagai reaksi positif yang ditunjukkan warga asing apabila gadis ini mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan mereka.
Sumber: Twitter @ainsyawani
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.