Kadangkala jika terlalu banyak makanan yang dinikmati pasti ada lebihan atau sisa makanan tetapi ia akan memudaratkan anda jika menyimpan terlalu lama di dalam peti sejuk.
Anda perlu sentiasa ingat tempoh masa anda menyimpan makanan anda?
Jika anda masih menyimpan sisa makanan dari musim cuti yang lalu, mungkin sudah tiba masanya untuk membersihkan ruangan peti sejuk anda.
Tahukah anda? Lebihan makanan yang disimpan di peti sejuk hanya mampu bertahan hanya selama empat hari sahaja.
Ia bagi mengelakkan anda daripada keracunan makanan sehingga memudaratkan anda.
Jika anda ingin menyimpan untuk bertahan lebih lama, masukkan ke dalam ruangan sejuk beku. Makanan anda boleh bertahan dua hingga tiga bulan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.