Organisasi seni bela diri campuran (MMA) terbesar dunia, UFC pasti mengambil berat lebih daripada 600 petarung yang mengikat kontrak dengan pihaknya.
Pastinya acara UFC kali ini menjadi tumpuan dunia apabila ramai petarung datang daripada pelbagai latar belakang, negara, agam, dan budaya.
Pihaknya mengambil peluang ini sebaiknya untuk mengetengahkan petarung-petarung mereka yang beragama Islam bagi acara UFC 267 yang akan diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Sebanyak 15 pertarungan MMA dari pelbagai kelas berat yang melibatkan seramai 30 pertarung dijadualkan setakat ini.
Lebih lapan petarung daripada jumlah tersebut terdiri daripada petarung yang berlatar belakangkan agama Islam.
Mendahului para petarung Muslim pada acara kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah Islam Makhachev (20-1) yang berasal dari Dagestan, Russia.
Namanya meningkat naik selepas rakan baiknya Khabib Nurmagomedov yang merupakan bekas juara lightweight UFC mengumumkan persaraannya pada Oktober tahun lalu.
Malah, Islam juga merupakan anak didik jurulatih MMA tersohor Dagestan iaitu bapa kepada Khabib iaitu Allahyarham Abdulmanap Nurmagomedov.
Selain itu, petarung Muslim seperti Zubaira Tukhugov, Khamzat Chimaev, Magomed Ankalaev, Albert Duraev, Shamil Gamzatov, Magomed Mustafaev dan Tagir Ulanbekov juga antara petarung Muslim yang akan bertarung pada acara UFC kali ini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.