Penduduk tempatan menemui puluhan ekor ular sedang berkumpul dikawasan taman di bandar Florida, Amerika Syarikat, sehingga memaksa taman itu ditutup buat sementara waktu.
Memetik hantaran di Facebook Jabatan Taman dan Rekreasi Lakeland, reptilia berkenaan kini berkumpul sempena musim mengawan tahunan.
Menurut jabatan itu lagi, penutupan taman adalah bagi keselamatan orang ramai dan juga spesis terbabit.
"Ia adalah spesies ular air Florida. Ular jenis ini tidak berbisa dan agresif selagi tidak diganggu. Selepas selesai mengawan, ia akan beredar," katanya.
Foto yang tular sejak minggu lalu di laman sosial menunjukkan kira-kira 25 ekor ular sedang berkumpul di taman tersebut dan ia membuatkan ramai berasa geli.
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.