Krisis Rusia dan Ukraine semakin menjadi-jadi apabila dilaporkan pesawat terbesar di dunia Antonov AN-225 musnah dalam serangan terbaharu ke atas Ukraine yang dilakukan oleh Rusia semalam.
Menurut Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba memaklumkan tentera Rusia telah melakukan serangan ke atas lapangan terbang berhampiran Kyiv sehingga memusnahkan pesawat yang diberi nama “Mriya” itu.
“Rusia mungkin telah memusnahkan 'Mriya' kita.
“Tetapi mereka tidak akan dapat memusnahkan impian kita untuk sebuah negara Eropah yang kuat, bebas dan demokratik.
“Kita akan menang!” kata Kuleba.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.