Seorang wanita hampir kerugian sejumlah wang besar kerana menjadi mangsa penyeluk saku pada sebuah mesin ATM.
Kejadian yang berlaku di China itu telah dirakamkan menerusi rakaman tersembunyi CCTV pada sebuah mesin ATM di daerah Guangdongm China.
Wanita yang hanya dikenali dengan nama Li pada mulanya dilihat sedang melakukan transasksi pada mesin tersebut sebelum seorang lelaki mengacukan pisau pada wanita berkenaan sambil meminta sejumlah wang.
Li yang ketakutan terus menyerahkan 2,500 yuan bersamaan kira-kira RM1,500 kepada lelaki tersebut.
Tak cukup dengan wang tersebut, lelaki terbabit meminta wanita itu menunjukkan baki pada akaun banknya, mungkin kerana inginkan lagi wang rompakkan.
Selepas perompak terbabit melihat baki pada akaun Li, lelaki berkenaan menyerahkan kembali wang yang dirompak tadi dan meninggalkan Li terpinga-pinga.
What!
Sumber: Nextshark
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.