Jepun sememangnya terkenal dengan adab dan sikap sopan santun mereka, sehinggakan perompak pun meminta izin untuk merompak.
Kejadian yang berlaku di kedai serbaneka Lawson di Ogori City, Fukuoka, Jepun pada 5 Oktober lalu dimana seorang perompak masuk ke kedai berkenaan sekitar jam 1.40 pagi dan memberitahu pengurus kedai;
“Saya datang ni dengan niat mahu takutkan kamu dan merompak kedai ini, bolehkah saya minta kamu bekerjasama dengan saya?."
Pengurus kedai terkejut degan kesopanan perompak berkenaan dan berkata, “Saya tak boleh buat macam tu,"
Perompak berkenaan segera beredar dari kedai tersebut dan berjalan sendiri ke balai polis berdekatan serta mengaku cuba melakukan rompakan.
Hasil pemeriksaan polis mendapati perompak berkenaan membawa bersama pisau tetapi tidak dikeluarkan ketika merompak.
Sopannya perompak.
Sumber: Yahoo Japan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.