Cubaan untuk merompak sebuah bank gagal apabila seorang perompak di Britain akibat tulisan tangannya seakan cakar ayam.
Memetik laporan HuffPost, suspek Alan Slattery pernah cuba merompak sebuah bank di Eastbourne, England pada Mac lalu tetapi tidak berhasil apabila pegawai bank tidak memahami nota berbaur ancaman yang ditulisnya.
Menerusi ciapan di laman Twitter, pegawai bank berkenaan tidak memahami tulisan Slattery untuk meminta sejumlah wang tunai diserahkan kepadanya.
“Skrin anda tidak akan menghentikan apa yang saya boleh lakukan. Serahkan wang tunai sebanyak £10 (RM59) dan £20 (RM118). Fikirkan tentang pelanggan lain,” tulisnya pada nota itu.
Usahanya untuk merompak berlanjutan di kawasan perumahannya apabila suspek melakukan rompakan lain dan membawa lari wang tunai berjumlah £2,400 (RM14,103).
Perompak ini tidak serik melakukan jenayah itu dan cuba merompak lagi pada April lalu tetapi tidak berhasil dan gagal mendapatkan wang.
Namun, polis bertindak pantas dengan menahan suspek berkenaan di rumahnya setelah mengenalpasti identitinya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak bank.
Suspek akhirnya mengaku bersalah terhadap jenayah rompakan yang dilakukan sebelum ini dan cubaan merompak pada Julai lalu dan dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun.
Sumber: Huff Post
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.