Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

KWSP: Kadar Caruman Syer Pekerja Diturunkan 9%, Perlu Mohon Jika Mahu Kekal 11%

Kadar baharu ini akan berkuatkuasa bagi tempoh satu tahun mulai Januari 2021
Editor
03 Dec 2020, 09:58 AM

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada 9 peratus bagi tahun 2021.

kwsp: kadar caruman syer pekerja diturunkan 9%, perlu mohon jika mahu kekal 11%

Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini akan terpakai untuk pekerja berumur di bawah 60 tahun yang wajib mencarum. Manakala bagi pekerja yang berumur 60 tahun dan ke atas pula, caruman berkanun syer pekerja masih kekal pada kadar yang sama.

Kadar baharu ini akan berkuatkuasa bagi tempoh satu tahun dan merangkumi upah pekerja bulan Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga upah pekerja bulan Disember 2021 (caruman Januari 2022).

Bagaimanapun, ahli masih boleh memilih untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021), yang boleh dimuat turun daripada laman web KWSP mulai 1 Disember 2020.

kwsp: kadar caruman syer pekerja diturunkan 9%, perlu mohon jika mahu kekal 11%

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk didaftarkan secara dalam talian melalui kemudahan i-Akaun (Majikan) bermula 14 Disember 2020. Borang yang diterima daripada pekerja hendaklah disimpan sebagai rekod majikan.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh merujuk laman sesawang KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Sumber: KWSP

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}