Majlis perkahwinan Ratu Cantik Malaysia 2016, Olivia Constance Nicholas tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) kerana dress yang dipakai adalah yang terpanjang di Malaysia iaitu 120.56 meter.
Dress yang dipakai Olivia adalah inspirasi daripada wedding dress Kate Middleton dan impiannya tercapai.
“Selepas melihat kain layah Puteri Diana yang sangat panjang, saya terfikir, bahawa suatu hari nanti apabila saya berkahwin, saya mahukan sesuatu seperti itu, atau lebih panjang,” ujar Olivia.
Berbelas kawan-kawan Olivia membantu memegang kain layahnya.
Majlis perkahwinan itu turut disertai rakan-rakan ratu cantik dari lapan buah negara yang merupakan teman karibnya sepanjang menyertai pertandingan Miss International dua tahun lepas.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.