Kucing merupakan salah satu haiwan ternakan yang paling terkenal di Malaysia.
Terdiri daripada kategori mamalia karnivor, hubungan antara manusia dan kucing telah terjadi sejak sekian lamanya, hingga ia dipuja dalam banyak kisah lagenda dan dogengan sastera.
Jangka hayat kucing tidaklah sama seperti manusia biasa kerana umur kucing adalah berbeza kiraannya berbanding kita.
Menurut hantaran oleh Public Health Malaysia, umur manusia secara amnya dikira 4 kali + 16 daripada kucing.
Misalnya, ketika umur manusia 56 tahun, umur kucing baru sahaja berusia 10 tahun dan ia sudahpun dikategorikan sebagai usia ‘warga emas’.
Secara purata, kucing hanya mampu hidup sekitar usianya 15 tahun, iaitu ketika manusia sedang berusia 76 tahun.
Antara sebab utama bagi kucing mati adalah trauma, masalah buah pinggang dan kanser.
Jika dilihat pada jadual diatas, berapakah usia kucing anda sekarang?
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.