Keputusan SPM2018 telah diumumkan hari ini dengan menyaksikan peningkatan Gred Purata Nasional (GPN) yang lebih baik berbanding 2017.
Seramai 230,465 calon telah lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran, menjadikan ia sebanyak 58.9% daripada jumlah calon SPM 2018 seramai 421,706 calon berdaftar.
Daripada bilangan pelajar lulus ini, sebanyak 2.2% mendapat cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua matapelajaran mereka, dan 19% mendapat sekurang-kurangnya gred C (Kepujian).
Selebihnya iaitu sebanyak 37.7% mendapat sekurang-kurangnya Lulus (gred E) bagi semua mata pelajaran mereka.
Tahniah kepada semua calon SPM2018! Calon SPM2019 dah boleh get ready dah ni!
Sumber: Twitter Kementerian Pendidikan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.