‘Perang Laksa’ menjadi bualan warganet di media sosial terutamanya pengguna Facebook dan Twitter apabila berbalah mengenai menu kegemaran Malaysia itu.
Tidak dinafikan, laksa mempunyai pelbagai jenis variasi daripada setiap negeri seperti laksa Johor dan laksa utara.
Perang itu berlaku apabila sesetengah warganet yang membezakan jenis ikan yang digunakan untuk memasak laksa.
Ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana laksa Johor menggunakan spaghetti sebagai bahan utama laksa.
‘Perang Laksa’ tidak berhenti di situ sahaja apabila ramai warganet di negeri lain turut berkongsi gambar resepi laksa dan mengenai kehebatan laksa negeri masing-masing.
Namun, rata-rata warganet tidak mahu mengambil serius dan menganggap ia bahan gurauan di media sosial terhadap hidangan lazat itu.
“Sabarlah, semua jenis laksa sedap tau makan,” komen seorang warganet
“Sebab perang laksa ini buat aku teringin makan laksa pula, relaks lah jangan gaduh-gaduh,” tulis seorang warganet di Twitter
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.