Menteri Pendidikan, YB Maszlee Malik berkata, peperiksaan Tahap 1 akan dimansuhkan tidak lama lagi.
Kenyataan ini dipetik menerusi laman Twitternya, awal pagi tadi.
”Peperiksaan bagi Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019,” katanya.
Keputusan untuk memansuhkan peperiksaan bagi Tahap 1 ini disambut baik oleh orang ramai yang rata-rata meninggalkan maklum balas positif.
Terdahulu, Singapura juga akan memansuhkan peperiksaan bagi darjah 1 dan 2 bermula 2019.
Sumber: Twitter YB Maszlee Malik
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.