Sebelum ini pernah tular kejadian rusuhan penyokong bola sepak Indonesia susulan kekalahan menentang Malaysia bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Insiden ini menyebabkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) didenda RM190,000 oleh FIFA.
Namun semalam berlaku lagi satu insiden kekecohan di stadium apabila pasukan Persebaya Surabaya tewas kepada PSS Sleman bagi aksi Perlawanan Liga 1 2019.
Dilaporkan penyokong pasukan Persebaya tidak berpuas hati dengan keputusan 2-3 menyebabkan beberapa fasiliti stadium dirosakkan penyokong. Malah, ada penyokong yang merusuh masuk ke dalam padang dan membakar papan pengumuman serta menceroboh masuk ke lorong pemain.
Video yang tular dilaman Twitter ini membuatkan netizen mula mempersoalkan kredibiliti Indonesia yang akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia U-20 2021.
Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi oleh FIFA berhubung kekecohan ini.
Sumber: Kompas, Detik.com, ODISI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.